Salam alaik wabarakah 🙂

Pertama kalinya ana bersyukur sebab diberi peluang untuk menulis, nak dikongsikan sedikit peristiwa yang pernah berlaku. Ana menulis anekdot ini pada tahun 2011 dan inshaAllah boleh dijadikan tauladan semua.

 

*********************

 

Hari ni, insyaAllah ana nk bercerita sdikit tentang  “peristiwa semalam”. Kisahnya bermula di sini :

 

Ketika ana terjaga pukul 3 lebih (dlm 3.15). Setelah selesai dgn urusan di pagi hari, ana masih tidak dapat untuk menjinakkan pancaindera melihat ini untuk berehat. Tidak pasti apakah faktor utama. ana pun bertekad untuk mencari sumber-sumber inspirasi memandangkan ana tidak menggemari pembaziran, lagi-lagi pembaziran waktu. Lalu desktop rumah ana pown diaktifkan. Ana cuba untuk memanfaatkan malam-malam akhir di rumah sebelum bermusafir keluar daerah.

 

Setelah sekian lama ana bermesra dengan ilmu pembacaan umum, ana mula daftar masuk ke laman sesawang ‘muka buku’ dan mulakan perbualan bersama dua sahabat karib.

 

Yang pertamanya, Kareem(bukan nama sebenar), ana merupakan kawan lama beliau. Setelah agak lama bertukar pendapat, dia meminta ana menolong selesaikan masalah beliau. Ana pun bukan hebat mana nak menolong orang ni memandangkan ana sendiri mempunyai beberapa masalah, namun ana cuba membantu sedikit sebanyak dengan masalah beliau, ana cuba-cuba dahulu. Die pun mulakan bicara, sedang ana mendengar sahaja. Lalu tanpa berfikir panjang, dalam keadaan mengantuk, ana cuba untuk membantu Kareem ni sedikit sebanyak. Walaupun tidak seberapa sangat ana punya hujah, tetapi insyaAllah dapat selesai permasalahan beliau 😀 Alhamdulillah~

inspirasiku

Kembali ke topik utama pula, ketika sedang asyik ana berbual bersama Saron(bukan nama sebenar). Ada seekor kelip-kelip berterbangan, merayau-rayau berhampiran ana. Ana terpegun melihat kelip-kelip itu. Ana berfikir sejenak, betapa indahnya ciptaan Allah. Meskipun kecil tetapi mampu untuk mengeluarkan cahayanya sendiri.

 

Lantas, ana menceritakan peristiwa itu kpd Saron dan die mencadangkan ana supaya membuat tamsilan tentang kelip-kelip tersebut. Ana pun berhempas-pulas memikirkan apa yang boleh dibawak melalui seekor kelip-kelip yang kecil itu.  Setelah sekian lama berfikir, ana mula mendapat buah-buah idea yang bagus, dengan cadangan yang diberikan oleh Saron, ana pun membuat sebuah tamsilan :

Kelip-kelip yang mula menerangi kawasan kecil

 

“Sebuah jema’ah itu umpama kelip-kelip yang bergerak dalam sebuah kumpulan, sehinggakan dapat menerangi sesuatu tempat itu” 🙂

 Apa yang ana boleh terangkan di sini, seseorang yang ingin berjuang seeloknya bergerak dalam jema’ah(kumpulan). Seekor kelip-kelip itu hanya dapat menerangi sebuah kawasan dalam radius yang begitu kecil. Namun sekiranya kelip-kelip itu bergerak dlm kumpulan yg besar, nescaya ianya dapat menerangi sebuah kawasan yang besar.

 

Begitu juga bagi penggerak agama Allah, sungguh ideal untuk kalian bergerak dalam kumpulan supaya mudah untuk menerangi jalan seseorang itu menuju Siratul Mustaqim. inshaAllah. 

 

Bergerak dlm kumpulan, nescaya lebih kukuh 🙂

Sesungguhnya bergerak dlm jema’ah itu lebih memudahkan dan moga-moga apa yang ana kongsikan ini dapat memberikan sedikit input buat kalian yang mengikuti cerita ini.

 

Kesyukuran tidak terhingga buat Dia yang maha Esa kerana menurunkan ilham kepada ana dalam pelbagai rupa. Juga berterima kasih buat Kareem yang memberi ana semangat untuk terus membantu, serta Saron atas cadangan membuat tamsilan terhadap kelip-kelip yg penuh makna itu. Wallahu’alam