Sahabat, sudah tunaikan solat sunat Tasbih sepanjang Ramadhan ini? Kepada yang belum, jom
1- Rakaat bagi solat tasbih ialah 4 rakaat.
Jika dilakukan di siang hari 4 rakaat 1 salam. Jika di malam hari 2 salam.
2- Niat.
Sahaja aku solat sunat Tasbih 2 rakaat/4 rakaat kerana Allah.
3- Bacaan tasbih dalam satu rakaat ialah 75 kali. So jika 4 rakaat semuanya 300 kali tasbih. Dibaca seperti berikut;
– Selepas baca doa Iftitah, al-Fatihah & surah = 15 kali tasbih.
– Rukuk = 10 kali tasbih.
– Iktidal = 10 kali tasbih.
– Sujud pertama = 10 kali tasbih.
– Duduk antara 2 sujud = 10 kali tasbih.
– Sujud kedua = 10 kali tasbih.
– Duduk sebentar (sebelum berdiri) seperti duduk di antara 2 sujud = 10 kali tasbih. Ini bagi rakaat pertama. Rakaat kedua dibaca selepas membaca tasyahhud, baca 10 kali tasbih kemudian baru beri salam.
Betul tak semuanya 75 kali tasbih? Cubatryrest kira
4- Fadhilat solat sunat Tasbih.
Rasulullah صلى الله عليه وسلم mengajarkan kepada bapa saudaranya bahawa kelebihan sembahyang sunat Tasbih itu sangatlah besar sebagaimana hadis Ibnu Abbas رضي الله عنهما:
“Jika kamu melakukannya, nescaya Allah akan mengampunkan dosamu, baik yang terdahulu mahupun yang sekarang, yang sudah lama & yang baru, yang tidak disengajakan & yang sengaja, yang kecil & yang besar, yang tersembunyi mahupun yang terang-terangan.”
HR Abu Daud رحمه الله.
5- Untuk faham lebih lanjut, sila ke youtube & taip “solat sunat Tasbih”. Di sana Ustaz Azhar Idrus ada, Syeikh Nuruddin ada & Ustaz Shamsuri pun ada. Sila tonton ya
Sekian terima kasih & jom
Tinggalkan Balasan