Indahnya akhlak yang dibawa oleh Baginda Muhammad s.a.w. , dididik kita supaya berkata benda yang baik ataupun diam. -Gambar sekadar hiasan.
Tutur Kata Mulia
Bersumberkan kitab Riyadhus Solihin (Taman bagi Orang-orang Soleh) karya Al-Imam An-Nawawi rhohimahullahi ta’ala, berikut dimuatkan beberapa panduan kepada kita berkaitan tutur percakapan yang mulia.
Allah menyatakan dalam Al-Quran yang bermaksud,
“Dan kamu perlu merendah diri pada orang-orang beriman walaupun mereka daripada golongan faqir miskin.”
Surah al-Hjir, ayat 88.
Allah menjelaskan lagi,
“Sekiranya kamu berkasar serta berkeras hati, tentulah mereka lari daripada kamu.”
Surah Ali Imran, ayat 159.
Adi bin Hatim melaporkan, Rasulullah s.a.w. pernah berkata,
“Saudara semua perlu melakukan kebaikan untuk menjauhkan diri daripada api neraka, walaupun saudara hanya memberi sedekah dengan sepotong kurma. Namun, bagi sesiapa yang tidak mampu, bertuturlah dengan tutur kata yang baik.”
-Direkodkan oleh Bukhari dan Muslim.
Abu Hurairah r.a. melaporkan, Nabi Muhammad s.a.w. pernah berkata:
“Pahala tutur kata yang baik sama seperti bersedekah.”
-Direkodkan oleh Bukhari dan Muslim.
Abu Zar Ghifari melaporkan, katanya: Rasulullah s.a.w. pernah berkata kepada saya:
“Jangan sesekali merendah-rendahkan perkara yang disukai Allah bagi melakukannya. Walaupun perkara itu hanya memaniskan muka semasa bertemu dengan sahabat.”
-Direkodkan oleh Muslim
Tinggalkan Balasan