Soalan:

Assalamualaikum w.r.m. w.b.t.

Adakah dalam Islam dibolehkan bersanding walaupun tanpa bertepung tawar. Saya menjadi keliru adakah sekadar untuk mengambil gambar di atas pelamin sememangnya tidak boleh?

Sekian Terima Kasih.

Jawapan:

Persandingan merupakan budaya yang dicedok daripada masyarakat Hindu seperti juga berinai. Di dalam Islam tidak disyariatkan perbuatan tersebut.

Namun jika bertujuan sebagai kenang-kenangan, ia diharuskan tetapi perlulah diikuti dengan beberapa syarat:-

i. Memastikan pasangan pengantin menutup aurat.

ii. Tidak mempertontonkan secara terbuka kepada yang bukan mahram.

iii. Pakaian dan perhiasan selaras dengan kehendak syara’.

*Permasalahan dan jawapan ini diambil daripada laman Soal Jawab Agama Jabatan Agama Islam Selangor, http://soaljawab.jais.gov.my/