Sijil Pendaftaran APIS

Segala puji dipanjatkan ke hadrat Allah Subhanahu wa Ta’ala atas izin dan kurniaan-Nya APIS berjaya didaftarkan sebagai sebuah pertubuhan alumni di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia.

Sijil kelulusan yang diterima adalah bertarikh 2 Oktober 2012 dan nombor pendafataran APIS ialah PPM-007-10-02102012.

Kita ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang telah banyak membantu secara langsung dan tidak langsung dalam mengusahakan kemajuan APIS.

Mudah-mudahan kita sentiasa terus mendapat bimbingan Allah dalam meneruskan usaha dan sumbangan kepada umat Islam.