PPI 09

Pendahuluan:

Islam merupakan sebuah ad-din yang diturunkan ALLAH s.w.t. yang sangat mengutamakan ilmu pengetahuan dalam kehidupan umatnya. Tradisi kecemerlangan umat Islam adalah didasari dengan kekuatan tradisi ilmu. Para ‘ulama dan cendekiawan Islam telah menunjukkan bahawa kekuatan ilmu umat ialah teras kepada kemajuan Islam.

Objektif:

  1. Memupuk budaya ilmu dalam kalangan ahli.
  2. Mengasah bakat penulisan.
  3. Memperkembang pengetahuan dan kefahaman dalam pelbagai cakupan bidang ilmu.
  4. Memantapkan kefahaman ilmu.
  5. Memperkaya khazanah ilmu APIS untuk dijadikan waqaf dan rujukan umat Islam.

Syarat dan peraturan:

  1. Projek ini terbuka kepada semua individu dan kumpulan, pelajar, bekas pelajar SBP, BADAR, NGO Islam dan lain-lain.
  2. Penulisan artikel hendaklah mematuhi format yang digariskan.
  3. Sumbangan artikel anda adalah untuk diwaqafkan dalam perbendaharaan ilmu APIS. Pihak APIS bakal menyiarkannya dalam laman sesawang APIS atau disimpan dan disiarkan dalam bentuk yang lain.
  4. Penghargaan bakal diberikan. Nama anda akan dinyatakan sebagai penulis dan penyumbang penulisan tersebut.
  5. Penulisan mestilah asli dan dikarang sendiri. Sebarang peminjaman pendapat, petikan kata-kata dan rujukan daripada sumber lain hendaklah dinyatakan dengan jelas.
  6. Penulisan hendaklah bebas daripada unsur haram syar’ie dan perkara sensitif.
  7. Penulisan boleh dilakukan dalam bahasa Melayu, bahasa Arab dan bahasa Inggeris.
  8. Penulisan boleh dilakukan mengenai pelbagai tema/topik/isu/disiplin ilmu.
  9. Penulisan boleh dilaksanakan dalam pelbagai bentuk ( artikel formal,catatan pengalaman, cerpen, sajak, dan lain-lain.)
  10. Kualiti dalam penulisan hendaklah dijadikan keutamaan demi kebaikan bersama.
  11. Hasil penulisan yang telah disiapkan hendaklah disertakan pengakuan oleh penulis dan dihantarkan kepada pihak APIS sama ada dalam bentuksoft copy ke alamat emel: [email protected] dengan tajuk emel “Program Penulisan Ilmiah APIS” ataupun dalam bentuk hard copy yang dialamatkan kepada pejabat sekretariat APIS.
  12. Sertakan maklumat mengenai anda bersama hasil penulisan:
  • Nama penuh
  • No. kad pengenalan
  • Sekolah menengah beserta tahun menduduki SPM
  • Institusi pengajian sekarang
  • Alamat perhubungan
  • Emel

Format Penulisan:

  1. Memiliki tajuk yang jelas.
  2. Mempunyai komponen asasi: pendahuluan, isi dan penutup.
  3. Sebarang petikan, peminjaman idea dan rujukan daripada sumber yang lain hendaklah dinyatakan dalam bentuk nota kaki.
  4. Kualiti bahasa dan penyampaian idea wajar dijadikan prioriti.
  5. Tiada had bilangan perkataan.

Sekian, terima kasih.