Riya’ Menjadikan Amalan Seperti Debu yang Beterbangan

Oleh Insyirah ADAKAH rahsia yang tersimpan di antara diri kita dengan Allah Taala? Menyembunyikan amal kebaikan daripada pengetahuan orang lain. Sungguh berat untuk dilakukan kerana lumrahnya manusia memang suka kepada puji-pujian. Berbeza jika seseorang itu melakukan kejahatan, dia akan bersusah-payah menyembunyikan kejahatannya itu daripada pandangan manusia. Bersyukurlah kerana Allah SWT menghijab segala aib kita daripada […]

Kegigihan dalam Merebut ‘Ilmu

Islam ialah agama yang sangat mengutamakan ‘ilmu. Kedudukan orang yang ber’ilmu dan tidak ber’ilmu di sisi ALLAH adalah berbeza. Sebagaimana yang disebutkan Profesor Wan Mohd Nor dalam buku beliau, Penjelasan Budaya Ilmu: Di sini ditegaskan lagi bahawa perletakan ‘ilmu sebagai “kebaikan utama” penting kerana proses pencapaian dan penyebaran ‘ilmu, antara lainnya, memerlukan usaha yang gigih, […]

12 Pesanan Nabi s.a.w.

Oleh Ustaz Ahmad Adnan Fadzil 3 Pemusnah, 3 Penyelamat, 3 Penghapus Dosa, 3 Peninggi Darjat Nabi Muhammad s.a.w. adalah guru yang sejati. Baginda bukan hanya menyampaikan ilmu, tetapi juga mendidik dan mentarbiah. Keutamaan baginya ialah umatnya. Beliau menghendaki supaya umatnya akan menjadi umat yang diredhai Allah, berjaya di dunia dan di akhirat dan berada di […]

Ada Apa Selepas Mati?

Oleh Ustaz Ahmad Adnan Fadzil Tazkirah Nabi s.a.w. di hari pengkebumian Seorang sahabat bernama al-Barra’ bin ‘Azib –radhiyallahu ‘anhu- menceritakan; “Suatu hari kamu keluar bersama Rasulullah –sallallahu ‘alaihi wasallam- mengiringi jenazah seorang lelaki dari kalangan Ansar yang meninggal dunia. Ketika sampai di perkuburan dan jenazah dimasukkan ke dalam liang lahad, baginda duduk dan kami pun […]

Masa dalam Kehidupan Seorang Muslim

Oleh Ustaz Ahmad Adnan Fadzil Kehidupan manusia adalah bergantung kepada penggunaan masanya. Oleh itu, Islam amat mengambil berat tentang masa dan memberitahu manusia bahawa setiap detik masanya adalah amat berharga. Sudah cukup untuk menggambarkan betapa besarnya nilai masa dalam Islam dengan Allah sendiri bersumpah dengan masa dalam firmanNya yang selalu didengar; وَالْعَصْرِ(1)إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ(2)إِلَّا […]

Pemberitahuan : Rumah Terbuka En. Muzakkir

Bismillah Pemberitahuan : Kawan kita, Muzakkir akan mengadakan Rumah terbuka, dan maklumat-maklumat berkaitannya adalah seperti berikut: 27 September 2009 ( Ahad ) Dari pagi sampai ke malam N0 19, Jalan 5, Taman Gombak, 68100 Batu Caves ( Selangor ) Diharap, ramai-ramailah antara kita yang akan datang ke rumahnya. Salam Ramadhan dan juga Syawal ~

Hadits Berkaitan ‘Aidil Fitri

Hari Raya ‘Aidil Fitri merupakan hari kemenangan yang dianugerahkan ALLAH s.w.t. kepada hamba-hamba-Nya beriman. Lebaran ini perlu diraikan dengan penuh rasa syukur dan kegembiraan bersesuaian dengan panduan daripada syari’at Islam. Dalam catatan ini, akan dikemukakan beberapa hadits sahih Baginda Nabi Muhammad s.a.w. riwayat AL-Imam Al-Bukhari yang dipetik daripada kitab Mukhtasar Sahih Al-Bukhari, susunan Al-Imam Zainuddin […]

Berlalunya Ramadhan, bertandangnya Syawal

Beberapa hari lagi Ramadhan yang hanya setahun sekali ini akan melabuhkan tirainya. Namun, adakah peluang kita sepanjang tempoh emas (selama sebulan ini) telah kita gunakan dengan sebaik? Kebiasaannya, tazkirah mahupun ceramah tak kira sama ada di masjid-masjid ataupun di surau-surau, seringkali mengingatkan bahawa ramadhan ialah sebuah madrasah yang amat penting bagi mendidik jiwa nurani sebagai […]

Di Mana Berharganya Remaja untuk Ummah?

“Apakah peranan yang boleh dimainkan oleh remaja seperti kami dalam konteks membangunkan Islam?” Seringkali kita mendengar persoalan seperti ini diajukan di majlis-majlis dan forum-forum agama, terutama sekali majlis yang membicarakan betapa berharganya golongan remaja bagi umat. Apatah lagi bila seringkali kita diperdengarkan bahawa golongan remajalah yang akan menentukan masa depan sesuatu masyarakat. Lalu golongan audiens […]

Ini adab dalam Ramadhan ke?

Bismillah, . Apa khabar semua? Kawan-kawan, nampaknya kita sudah memasuki fasa kedua dalam bulan Ramadhan (ha, kawan-kawan sedak tak?), jadi mari sama-sama kita lihat adakah kita mengikuti adab-adab berbuka yang telah dianjurkan oleh baginda Rasulullah? Jom semak ~ Bahan yang ingin saya kongsi ini (dari blog dari seorang rakan) bakal menyentuh dua aspek :- Fenomena-fenomena […]

Artikel lama

Artikel yang lebih baru