Adalah dimaklumkan bahawa permohonan biasiswa persekutuan Jabatan Perkhidmatan Awam di bawah Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) yang mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Muda di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) bertaraf GLC (Government Link Companies) dalam negara bagi sesi 2015/ 2016 akan dibuka pada 18 Mei 2015.

Bagi tujuan tersebut, pelajar-pelajar yang ingin mendapatkan tajaan perlu membuat permohonan secara atas talian (online) http://esilav2.jpa.gov.my/ .

Syarat Permohonan:

1. Pelajar telah melengkapkan sekurang-kurangnya satu semester pengajian atau mempunyai baki tempoh pengajian tidak kurang dari satu tahun / dua semester di peringkat Ijazah Pertama.

Sila layari http://esilav2.jpa.gov.my/online_progs/epermohonan/syaratPermohonan.php?program=PIDN&auth=5678 untuk senarai penuh syarat-syarat permohonan.

Tarikh tutup :

24 Mei 2015