Ramai orang yang telah menontonnya lebih daripada sekali. Semuanya mengatakan wow filem paling hebat abad ini dan ada yang mengatakannya extraordinary film. Tahukah anda apa yang sebenarnya yang cuba disampaikan oleh James Cameron (pengarah filem) dalam cerita ini?

  • 2154, merupakan tahun dimana semua agama tidak akan wujud lagi di dunia, yang ada hanyalah roh nenek moyang mereka sebagai penjaga alam. Manusia akan kembali pada kepercayaan animisme apabila semakin moden. Contoh: ada 2 pokok besar yang dianggap keramat kepada puak Na’vi iaitu The trees of souls dan The tree of voice. Puak Na’vi akan duduk mengelilingi The tree of souls untuk berdoa dan memuja pokok itu dengan mentera memohon pertolongan. Hanya pokok itu sahaja yang dapat menyelematkan bumi Pandora daripada dimusnahkan.Pokok itu juga mempunyai roh dari satu badan ke badan yang lain.
  • Pandora ~ dunia makhluk biru…yang mempunyai taman tergantung, rimba, serangga yang mengeluarkan cahaya dan pokok-pokok yang bersentuh akan bersinar.eg: James cuba membuaikan keindahan yang cukup indah itu yang sebenarnya keindahan alama ciptaan syaitan yang tidak akan berlaku dalam dunia nyata. Cuba imbas sekali lagi barulah perasan bahawa fikiran kita cuba difokuskan kepada indahnya dunia syaitan dan beruntunglah manusia yang berjaya dikawal mindanya untuk terus hidup dalam dunia itu. Lihat pada Jake Sully yang tidak mahu kembali kepada dunia manusia setelah melihat keindahan alam Na’vi.
  • Lihat pula bagaimana rupa puak Na’vi yang digambarkan James. eg : perhatikan pada muka Neytiri. Ia merupakan gambaran kepala Lucifer / syaitan seperti yang pernah digambarkan oleh pemujanya.
  • Terdapat juga simbol / lambang yang digunakan pada pakaian seragam tentera . Bentuk bintang pecah lima adalah lambang The Estern Star of Satanism iaitu nama pertubuhan yang menjadi ajen Freemason.
  • Latar belakang berwarna biru juga mempunyai maksud yang tersirat. Kenapa biru? Selain putih, kuning , merah dan hijau. Bukan sahaja filem Avatar yang berlatarbelakang biru tetapi hampir kesemua cerita James ; Aliens, Terminator, Abyss, Solaris dn Titanic. Ia menandakan keturunan seseorang ahli persaudaraan itu.
  • Poster Avatar ~ Neytiri bermata satu. Melambangkan simbol iluminati All Seeing Eye. Maksud All Seeing Eye adalah merujuk kepada mta Lucifer atau mata orang yang berkuasa mengawal kewangan dunia. Mengikut sejarah kuno, simbol itu lambang tuhan seperti di dalam Nimrod Babylon, Osiris, dan Horus Mesir dan Dionysus of Thrace and Greek.

MasyaAllah, sesungguhnya inikah filem yang perlu kita banggakan?? Walaupun telah memangi awards Filem Terbaik Drama Anugerah Golden Globe ke-67, sebuah filem 3D paling canggih, ia merupakan mesej yang telah dirancang 10tahun dahulu oleh pengarah filemnya sendiri, James Cameron (agen Freemason-Satanism) secara tidak langsung akan menyusup ke dalam minda masyarakat secara senyap melalui keindahan alam yang ditonjolkan. Terdapat banyak lagi mesej-mesej yang tersirat yang belum dapat dirungkaikan. Hanya James yang dapat menjawabnya. *Ketika menontonnya, janganlah kosongkan fikiran, nilai apa yang dipaparkan dengan hati nurani yang tajam. Selamat menonton!