Assalamualaikum sahabat seperjuanganku~

Segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam,yang mnjadikan kita manusia sebaik-baik kejadian.Alhamdulillah..salam rindu dariku buat kalian yang sedang berjuang di jalan Allah..Moga Kita bersama layak masuk pintu SyurgaNya..Aminn.

Saya sayang kamu kerana Allah ..Pimpinlah tanganku , kita menuju ke syurga bersama..”

Alangkah indahnya persahabatan dibina atas dasar mengharapkan keredhaan Allah semata-mata..Bertemu tidak jemu,berpisah tidak gelisah..

Saidina umar R.a berkata:”hendaklah kamu berkawan dengan kawan yang bersifat benar,hiduplah dibawah jagaan mereka,kerana mereka sesungguhnya perhiasan ketika senang dan bekalan ketika susah..”

Sahabat ~

Aku sentiasa  merindui kalian  yang sentiasa berjuang  diJalannya..Teruskanlah perjuanganmu itu walaupun ungkapan perjuangan itu mudah disebut namun sukar dilaksanakan.Jangan mudah berputus asa dan segan dalam menasihatkan insan, andai diri masih juga dalam mempraktikkan.Kerana siapa lagi untuk diharapkan.Kita semua adalah khalifah yang diamanahkan.Bacalah dan fahamilah Surah Al-Asr dalam Al-Quran, sematkanlah ia sebagai impian dan ingatan..

Firman Allah SWT yang bermaksud: Pada hari itu sahabat-sahabat karib :setengahnya akan menjadi musuh kepada setengah yang lain ,kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan takwa(iman dan amal soleh)   (surah Az-Zhukhruf:67)

Sahabatku yang kukasihi kerana Nya~

Di sudut hati ini,aku memohon maaf atas segala keterlanjuranku dalam membina ukhwah. Andai aku pernah menyakiti kalian sama ada dalam percakapan ,perbuatan atau isyarat….Aku ingin sekali mencontohi Rasulullah S.A.W dalam setiap kehidupanku.. Namun aku sedar,aku tidak mampu mengikuti semua sunnahnya tapi sekurang-kurangnya aku harus mencuba semampuku…

Aku sangat memerlukan kalian sahabatku untuk menjadi cermin diriku..Menasihati akan kelalaianku…Tolong menolong dalam perkara kebaikan dan mencegah dari melakukan kerosakan dimuka bumi ini..Sungguh aku takut menjadi umat akhir zaman..

Firman Allah yang maksudnya:Dan hendaklah kamu tolong-menolong untuk membuat kebajikan dan bertaqwa dan janganlah kamu tolong-menolong pada melakukan dosa(maksiat) dan pencerobohan   (surah Al-Maidah :2)

sahabat seakidahku~

Perjuangan itu menuntut pengorbanan dan tidak akan berhenti sehinggalah nafas kita yang terakhir..Bersabarlah sahabatku dalam berdakwah.Ikhlaskan hatimu dan jauhilah sifat riak dan menunjuk-nunjuk kerana segala amalan akan menjadi sia-sia..Gunakanlah segala kesempatan yang ada dengan perkara yang bermanfaat kerana pada hari perhitungan engkau akan ditanya tentang segala amalan yang telah engkau lakukan dahulu..

Imam Al-Ghazali ada menyebut:Jangan biarkan diri kamu kosong dan tidak teratur dgn perkara yang tidak berfaedah, kerana waktumu pasti akan berlalu dgn sia-sia.. Sedangkan waktu itu adalah umurmu dan umurmu itulah modal bagimu… Seharusnya dgn modal inilah kamu mencari keuntungan…”

sahabatku yang sejati~

Kutitipkan warkah ini buat semua insan yang sedang berjuang..Moga rahmat Allah sentiasa mengiringi disetiap langkahmu.InsyaAllah..Moga istiqamah dalam melakukan kebaikan..Aminn