Arkib untuk: Motivasi

Sesuaikan Percakapan dan Pemikiran dengan Pendengar

Kamu perlu berfikir bercakap mengikut kadar pemikiran seseorang. -Nabi Muhammad s.a.w

Hidup Seorang Muslim

Get the Flash Player to see this content. Amalkanlah cara hidup sebagai seorang muslim sejati tidak kiralah di mana pun kita berada.

Sifat Penda’wah

Penda’wah itu seperti air dan asap, ia mengalir dan meresap. Profesor Sidek Baba

Inti dan Petunjuk bagi ‘Amal

Manusia perlu memiliki ilmu dan beribadat, di samping ilmu adalah yang paling utama. Ini kerana ilmu merupakan inti dan petunjuk dalam menjalankan ibadat. -Imam Ghazali, Minhajul ‘Abidin

Fikir-fikir

Perbezaan antara mereka yang berjaya dengan yang gagal, bukanlah kerana kekurangan ilmu dan kekuatan,tetapi kerana kekurangan kesungguhan dan kemahuan.

Muhasabah Diri

Hari ini adalah pemberian,manfaatkanlah sebaik baiknya kerana semulia-mulia hamba adalah yang paling tinggi takwanya. Semalam adalah sejarah buat kita, beristighfarlah kita untuk-Nya dan bersyukur atas kurniaan hidayah dari-Nya, kerana sebaik-baik zikir adalah istighfar. Dan sebaik-baik doa ialah alhamdulillah. Esok ialah misteri yang padanya terletak angan-angan dan sebijak-bijak manusia adalah yang sentiasa mengingati kematiannya dan mempersiapkan […]

Rasulullah dan Sangkaan Umatnya

Hadits Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Allah s.w.t. berfirman: Aku adalah berdasarkan kepada sangkaan hamba-Ku terhadap-Ku. Aku bersamanya ketika dia mengingati-Ku. Apabila dia mengingati-Ku dalam dirinya, nescaya aku juga akan mengingatinya dalam diri-Ku.  Apabila dia mengingati-Ku dalam suatu kaum, nescaya Aku juga akan mengingatinya dalam suatu kaum yang lebih baik daripada mereka.  Apabila […]

Peliharalah Peribadi

“Kita boleh ramah, tapi pantang berkasar. Kita boleh marah, tapi ketawalah, dan jangan kehilangan senyum. Kita pasrah miskin, tapi jauhkanlah diri dari keinginan mengemis. Orang yang kehilangan wang, cuma rugi benda. Tapi orang kehilangan amanah, dia rugi harga diri.” (Sudara, Arena Wati; 1944)

‘Ilmu dan ‘Amal

Tuntutlah ilmu tanpa melalaikan ibadat. Dan beribadatlah tanpa melalaikan tuntutan mencari ilmu. – Al-Imam Al-Hasan Al-Basri

Kekuatan Imaginasi

Sesetengah orang melihat sesuatu yang wujud dan bertanya, “Mengapakah?” Tetapi saya membayangkan sesuatu yang tidak wujud dan bertanya,”Mengapa tidak?” – Bernard Shaw (cendekiawan terkenal)

Artikel lama

Artikel yang lebih baru