Tragedi sosial, yang menjadi buah bicara, baik di dada-dada akhbar, buletin elektronik mahupun topik-topik hangat perbualan masyarakat, semakin lama semakin menjadi-jadi. Dewasa kini, harga kehidupan dan kemanusiaan seolah-olah begitu murah, sehingga anak-anak kecil yang tidak bersalah, menjadi korban pasangan yang tidak bertanggungjawab. Pada masa yang sama, isu keruntuhan moral golongan remaja sudah menjadi perbincangan klise, […]