Bertaqwalah kepada Allah di mana sahaja kita berada.
Bersumberkan Abu Dzar Al-Ghifari r.a. memberitakan bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:
Ertinya:
Takutlah kepada Allah di mana sahaja anda berada.
Hadits Riwayat Abu Dawud dan At-Turmudzi: Hasan
Pengajaran:
- Rasulullah s.a.w. mengajak umatnya supaya takut kepada Allah, di mana Dia ialah Tuhan Yang Maha Mengetahui dan Maha Melihat segala gerak-geri hati dan perbuatan manusia; malah mengenai semua makhluk-Nya.
- Manusia ialah makhluk yang selalu aktif: bergerak dan berada di mana-mana tempat dan keadaan. Sebagai hamba Allah, seseorang hendaklah tetap takut kepada Allah di mana-mana sahaja; bukan hanya takut sewaktu berada di masjid atau di tempat orang ramai.
- Tanda iman yang sempurna ialah seseorang tetap takut kepada Allah di mana-mana sahaja dia berada sekalipun di tempat tersembunyi daripada pandangan manusia.
Moga Allah memelihara kita dalam keadaan bertaqwa kepada-Nya pada setiap ketika dan di setiap tempat.
Tinggalkan Balasan