Sumber: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)

logo_e.jpg

Terlalu banyak organisasi bukan Islam didapati mengamalkan diskriminasi terhadap orang-orang Islam. Adakalanya layanan yang diberikan kepada kakitangan Islam/Melayu berbaur perkauman, keagamaan atau tidak menghormati kita pada keseluruhannya. Ada juga yang mengamalkan sifat-sifat yang tidak berperikemanusiaan. Di antara perkara yang sering terjadi adalah:-

  1. Diskriminasi peluang untuk pekerja Islam maju (di dalam syarikat-syarikat besar) kerana perbezaan agama atau bangsa;
  2. Tekanan yang berlebihan terhadap kerja kerana perbezaan agama atau bangsa;
  3. Tidak membenarkan bersolat waktu pada waktu kerja (contoh syarikat -JOVEN);
  4. Tidak membenarkan bersolat Jumaat pada waktu bekerja;
  5. Tidak menjaga kebersihan di tempat kerja terutama di premis pembuatan makanan;
  6. Tidak mengamalkan perniagaan beretika, seperti menggunakan wanita sebagai bahan tarikan dan iklan
  7. Tidak ada tempat untuk bersolat apatah lagi tempat berwudu’ untuk pekerja Islam;
  8. Pakaian seragam dijadikan sebab untuk mendedahkan aurat pekerja wanita;
  9. Tidak berlaku adil dan tidak berperikemanusiaan terhadap “pembantu rumah” dengan mengenepikan hak mereka yang ingin mengamalkan syariat Islam semasa bekerja;
  10. Menggunakan perkataan yang menghina seperti ”Melayu bodoh” dll;
  11. Tidak memberikan pertimbangan kepada pekerja yang perlu memperolehi makanan yang halal;
  12. Melakukan diskriminasi kepada pembekal-pembekal Islam;
  13. Tidak membuka peluang perniagaan kepada masyarakat Islam;
  14. Tidak mempunyai PANEL SYARIAH untuk rujukan mengenai perkara berkaitan kepenggunaan Islam;
  15. Secara keseluruhan, tidak peduli, dan tidak pernah menjaga kepentingan dan kebajikan umat islam;
  16. Lain-lain perkara yang didapati tidak menghormati Islam yang mungkin bertambah dari masa ke semasa.

PPIM telah megenalpasti syarikat milik bukan Islam yang TIDAK melakukan perkara-perkara tersebut di atas. Malahan, syarikat-syarikat ini adalah lebih sensitif, peka dan BERSEDIA lebih awal menyediakan prasarana bagi keperluan pekerja Islam dan memahami serta sentiasa berusaha meningkatkan mutu perkhidmatan selaras dengan kehendak Islam amnya.

Itulah ciri-ciri yang ada di dalam syarikat yang telah diiktiraf sebagai MFO. Perlu diketahui bahawa PPIM tidak mengiktiraf mereka sebagai AHLI Bluemosque Fraternity (BMF) kami yang mesti Islam. Agenda ini adalah sebahagian daripada usaha PPIM sekadar untuk memberi ruang persahabatan dan mendidik mereka bahawa kita akan menyokong mereka sekiranya mereka menghormati kita. Perlu juga diketahui bahawa bukan sedikit orang-orang Islam yang menyokong pertubuhan atau syarikat bukan Islam, WALAUPUN syarikat-syarikat ini TIDAK menghormati kehendak dan syariat kita.

Bagi PPIM, ini adalah perbuatan yang sangat merugikan bangsa dan agama kita. Sekurang-kurangnya kita ada garis panduan yang menjadi syarat kita boleh memberi sokongan. Bukan sewenang-wenangnya.