Ditulis oleh : Ahmad Wafiy bin Wamzah
SM Sains Dungun, SPM 2005

“Alaa, tak kan minum arak sekali pun tak boleh?” …

“Eh, apsal Islam ni tak bg kita buat sex (sblm nikah)?”…

“Leceh aa kena buat tu kena buat ni..Kenapalah susah-susah camni?”

“Kenapa, kenapa, dan kenapa..”.

Persoalan-persoalan yang mungkin ada antara kita selalu hadapi. Mungkin dari orang lain, mungkin juga pernah terdetik dalam benak pemikiran kita..

Dialog si anak kecil dengan ibunya

” Mak, mak…nak mainan itu…” (sambil jari menunjuk ke cerek elektrik yang sedang mengeluarkan bunyi dan asap)

“Eh, mane bole ….bahaya tu.. “

“Nak..nak..nak main kereta api tu..Nak jugak, nak jugak !!”

“Mak kata jangan-janganlah..Bahaya….”

Si anak kecil, dengan usia yang belum mengenal dunia sepenuhnya, kadang-kadang silap dalam perhitungan. Cerek yang panas disangkakan permainan menarik buatnya. Diminta-minta untuk pegang. Namun, mujurlah ada sang ibu melarang.  Tanpa ibu di sisi, mungkin si anak telah mencederakan dirinya sendiri.

Allah perlukan kita vs kita yang perlukan Allah

Islam- satu deen (way of life) mengandungi aturan-aturan tertentu, datangnya dari Allah SWT (Pemilik sekalian alam, Pencipta sekalian makhlukNya) kepada hamba yang diciptaNya,manusia. Tujuannya untuk apa ya?

Cuba kita renungkan bersama…

Dan Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari pati (yang berasal) dari tanah; Kemudian Kami jadikan “pati” itu (setitis) air benih pada penetapan yang kukuh; Kemudian Kami ciptakan air benih itu menjadi sebuku darah beku, lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging; kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang; kemudian Kami balut tulang-tulang itu dengan daging, setelah sempurna kejadian itu Kami bentuk Dia menjadi makhluk Yang lain sifat keadaannya. Maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik-baik Pencipta. Kemudian, Sesungguhnya kamu sesudah itu akan mati. Kemudian Sesungguhnya kamu akan dibangkitkan hidup semula pada hari kiamat. (QS Al-Mu’minun 23:12-16)

DariNya kita  datang dan kepadaNya kita kembali..Dia Yang Mencipta dan Dia jugalah Yang Mematikan kita..

Dan tidak cukup dengan itu..dikurniakan kita aturan-aturan, garis-garis panduan buat kehidupan kita..melalui Islam selaku deen (way of life).

Aku yang paling kenal diriku…?

Adakah kita lebih tahu apa yang terbaik buat diri kita daripada Dia yang Mencipta?

Adakah kita yang mengawal segala gerak nadi kita? Adakah kita yang mengarah leukocytes bertindak jika pathogens menceroboh masuk tubuh kita?

Malahan perasaan marah, dukacita, benci pun sukar untuk kita bendung; bukan?…

Kerana itu, dikurniakan kita satu nikmat-Islam yang diseru oleh para rasul supaya mengelakkan kita daripada kemudharatan ; baik di dunia mahupun di akhirat (ibarat kisah si anak kecil tadi)..

Justeru, nasihatku buat diri dan teman-teman, selalulah kita peringatkan diri kita dengan persoalan…

“Adakah apa yang aku buat sebelum ni, seperti yang Allah hendak?”

dari kita mempersoalkan apa yang Allah telah aturkan buat kita.

Wallahua’lam.. Sekadar Perkongsian