Seorang lelaki datang menghadap Amirul Mukminin, Umar al-Khattab r.a. Dia melaporkan kepada khalifah tentang anaknya yang derhaka. Khalifah Umar lantas memanggil anak yang dikatakan derhaka itu dan mengingatkannya tentang bahaya menderhaka kepada ibu bapa. Ketika ditanya sebab dia menderhaka, anak itu mengatakan, “Wahai Amirul Mukminin, tidakkah seorang anak mempunyai hak yang harus ditunaikan oleh ibu bapanya?”
“Ya, jawab Khalifah. “Apakah itu?” tanya anak itu. Umar menjawab,
Ayah wajib memilihkan ibu yang baik untuk anak-anaknya, memberikan nama yang baik dan mengajarkan Al-Quran kepadanya.
Lantas anak itu menjawab, “Wahai Amirul Mukminin, tidak ada satu pun daripada tiga perkara itu yang ditunaikan oleh ayahku. Ibuku Majusi, namaku Ja’lan, dan aku tidak pernah diajarkan membaca Al-Quran.”
Umar Al-Khattab r.a. lalu menoleh kepada ayah anak itu dan mengatakan, “Engkau datang mangadukan kederhakaan anakmu, ternyata engkau yang menderhaka kepadanya sebelum dia menderhaka kepadamu. Engkau telah berlaku tidak baik terhadapnya sebelum dia berlaku tidak baik kepada engkau.”
Sumber: Cinta Di Rumah Hasan Al Banna oleh Muhammad Lili Nur Aulia, ms 5-6.
Tinggalkan Balasan