“Telekung surau ni kotor laa..camne nak semayang,”
“Saya lupa bawa telekung, nanti saya qada’ aje solat bila sampai rumah,”
Skrip biasa, terutamanya di shopping complex.
Sepertinya solat itu tidak penting, boleh saja diqada’-qada’.
Yang lebih penting adalah telekungnya. Tiada telekung, tak boleh solat!
Begitukah?
Jika diamati syarat sah solat, cuma 5 perkara:
- Yakin telah masuk waktu
- Menutup aurat
- Mengadap kiblat
- Suci daripada najis pada badan, pakaian dan tempat solat
- Suci daripada hadas kecil dan hadas besar
Tercari-cari juga, tiada pula dalam list – Wajib memakai telekung.
Jadi, wajibkah?
Mengapa hendak dipersulit dan diperberatkan hukum-hakam Islam yang sebenarnya cukup mudah dan simple.
“Dan tidaklah Allah jadikan bagi kalian dalam agama ini kesulitan.”
[ Al-Hajj : 7]
Yang pentingnya dalam soal berpakaian ketika bersolat ialah menutup aurat dan bersih daripada najis. Apa sahaja pakaian kita, jika memenuhi 2 syarat tersebut, maka tidak perlulah ragu-ragu lagi.
Telekung cuma adat, bukan syarat. Majoritinya, hanya wanita-wanita di benua Nusantara yang mengamalkan adat ini. Sememangnya tidak salah bertelekung, malah sangat baik sebenarnya, kerana lebih sopan dan selesa. Cuma jika ia dijadikan sandaran yang akan mencacatkan solat kita, maka itulah prinsip yang salah.
Pilihlah mengikut keselesaan dan yang mana lebih mudah. Jika merasakan bertelekung lebih mudah, maka itulah yang terbaik. Bagi saya sendiri, jika solat sehari-harian di rumah atau di kolej, saya lebih selesa bertelekung. Cuma apabila dalam keadaan tergesa-gesa atau berpergian, maka pakaian yang ada sahaja sudah amat memadai. Yang penting, cukup syarat.
“Eh, betul ke ni.. Nampak pelik la kalau tak pakai telekung. Macam tak sempurna je tutup auratnya..”
Untuk persoalan sebegini, mungkin perlu ditanya kembali diri kita. Jika kita merasakan pakaian kita itu tidak cukup sempurna untuk bersolat, jadi, adakah kita sekarang ini tidak menutup aurat..?
isu kena pakai telekung masa nak solat memang dilihat sinonim dengan adat masyarakat nusantara…pergilah ke mana pun..kalau nampak telekung putih tu memang dari asia tenggara..
mungkin hati tak senang kalau masa solat tak dipakai telekung tersebut…adat ini amat bagus, namun seperti yang disebut diatas menjadikan ia satu kewajiban dan penyebab kepada usaha menangguhkan solat tu yang amat tidak boleh diterima…
jadi yang penting disini, kena ubah persepsi diri…kalau seseorang muslimat itu selalu berpakaian sempurna dalam menutup aurat hal ini takkan menjadi satu masalah besar kepadanya…malah tak perlu kepada telekung kerana auratnya didalam dan diluar solat adalah sama…jadi tepuk dada, tanyalah iman..
Tiada ulasan sehingga kini
5 pingbacks
rosdiana:
Mei 2, 2010 pada 11:29 pm (GMT +0800)
sokong2..kalaulah kat malaysia muslimah2 bersifat terbuka pasal ni..insyaAllah,sy dan ukhti2 semua kena mula dulu baru org lain akan ikut..mungkin akan digelar sbg alien tp lama2 akan buat org terfikir sendiri..insyaAllah..
nabihah:
Mei 3, 2010 pada 2:27 pm (GMT +0800)
betul!! sapa lagi kalau nak mulakan tradisi ni kalau bukan diri kita sendiri..manalah tahu akn mnjadi ikutan sahabiyyah, masyarakat setempat ..skaligus, tradisi yang baik ini, insyaallah akan diberi pahala oleh Allah SWT
najihah:
Mei 3, 2010 pada 12:01 am (GMT +0800)
thankiu!setuju sgt ngn artikel ni..salu dlm shopping complex kte bole nmpak pmpuan2 arab solat xpkai tlekung pon.tp org2 kite akn wat mke pelik tgok deowg.tnpa menyedari yg dri sndri tu xttup aurat spenuhnye smpkan ragu2 nk solat without telekung.istighfar..jgn smp sbb telekung,kte tgguhkn atau xjd solat.jom sme2 kte ubah cre pemikiran kte! \(^.^)/
nabihah:
Mei 3, 2010 pada 2:30 pm (GMT +0800)
hiraukan je orang sekeliling yang mungkin nampak pelik bagi mereka yang mana lama kelamaan akan menjadi kebiasaan dan mungkin akan menjadi ikutan orang ramai..
Insyaallah..
zulaikha:
Mei 11, 2010 pada 7:09 pm (GMT +0800)
Setuju ngan sume. Benda nie memang tak asing..cuma kita jarang berbuat canie…