marching

Daripada Aishah r.a. katanya, aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda dalam rumahku ini,

Ya Allah, sesiapa yang mentadbir sesuatu urusan pemerintahan umatku, kemudian ia melakukan kezaliman ke atas mereka, maka kembalikan kezaliman itu ke atas mereka. Sesiapa yang mentadbir sesuatu urusan pemerintahan umatku, dengan menunjukkan kasih sayang kepada mereka, maka kasihilah orang tersebut”.
Riwayat Muslim

Huraian

  1. Orang yang dilantik menjadi ketua atau pemimpin hendaklah menjaga kebajikan orang ramai dan haram menindas serta menzalimi mereka.
  2. Setiap rakyat harus menasihati dan menegur pemerintah dengan tegerun yang membina demi untuk memajukan negara. Rakyat juga berhak menyuarakan pendapat, serta boleh membantah sekiranya pemerintah melakukan kezaliman terhadap rakyatnya.
  3. Pemerintah hendaklah menunaikan semua tanggungjawabnya sebagai pemimpin dengan melaksanakan tugas-tugas pemerintahan dengan adil untuk kepentingan semua rakyat dengan menyediakan segala kemudahan, demi untuk pembangunan, kemajuaan, keselamatan, dan kemakmuran negara.
  4. Setiap orang akan disoal di akhirat tentang tanggungjawab yang telah diamanahkan ketika di dunia.

Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), http://www.islam.gov.my/portal/hadithhariini.php