munajat2

Dari Samurah r.a, bahawa Nabi s.a.w:

“Sesungguhnya bagi tiap-tiap seorang Nabi ada sebuah kolam, dan sesungguhnya mereka masing-masing akan bermegah – megah siapakah yang umatnya lebih ramai datang minum dan sesungguhnya aku berharap aku akan menjadi orang yang lebih ramai umatnya datang minum.” Riwayat Tirmizi

Huraian:

  • Kolam al-kauthar disediakan pada hari kiamat, airnya lebih putih daripada susu dan lebih manis daripada air madu, piala-pialanya banyak tidak terhitung.
  • Sesiapa yang dapat minum airnya tidak akan merasa haus dahaga selama-lamanya
  • Air kolam itu tidak dapat diminum oleh sesiapa yang menukar bawaan hidupnya yang baik kepada yang tidak baik selepas Nabi s.a.w menyatakan apa yang baik dan apa yang sebaliknya.