Petua Sebelum Melakukan Solat Sunat Istikharah
Berikut merupakan langkah-langkah untuk melakukan solat sunat istikharah(minta petunjuk):
1-Sebaik-baiknya pada malam Jumaat.
2-Puasa sunat pada hari khamis tersebut.
3-Bertawassul dengan membaca yasin
4-Yasin: semua ayat yang mengandungi kalimah “mubi” di ulang 7 kali.
5-Tidur (sila jaga adab tidur).
6-Tidur mengiringsebelah kanan
7-Kosongkan fikiran dan berselawat sehingga tertidur.Contoh, selawat ummiyah.
8-Kalau berkaitan tentang jodoh, dalam mimpi yang berada di sebelah kanan adalah yang terbaik buat kita.
-Petua ini telah dikongsi oleh guru kami, Al-Muhtaram Ustaz Muhadir bin Haji Joll
Tiada ulasan sehingga kini
2 pingbacks
Abdullah Munib:
Februari 15, 2011 pada 9:02 am (GMT +0800)
Alhamdulillah, catatan ilmu yang dapat dipraktikkan dengan mudah…..
Untuk mereka yang ingin mengenali Ustaz Muhadir….
Nama penuh Ustaz ialah Ustaz Muhadir bin Haji Joll, berasal dari Kampung Senari, (sebelum nak ngagak ke Bako, Gobil n lain2). Dilahirkan pada 27 Julai 1976 dan antara pendidikan awal Ustaz ialah di SK Kampung Senari, kemudian menyambung di SMK Agama Matang 2. Ustaz meneruskan pengajian di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia pada peringkat Ijazah Sarjana Muda dan Ijazah Sarjana dalam bidang Tafsir dan Hadith dan sekarang menyambung pengajian di peringkat kedoktoran (PhD) di Universiti Malaya juga di dalam bidang Tafsir dan Hadith.
Syakir:
Februari 15, 2011 pada 10:10 am (GMT +0800)
Selawat ummiyah tu macam mana ya? Ada sesiapa tahu? 🙂