Kuala Lumpur, 15 Januari- Pihak APIS bakal bertandang ke SMS Johor pada 23 dan 24 Januari ini bagi membantu menjayakan sebuah program pemantapan BADAR sekolah tersebut. Jemputan tersebut disampaikan sendiri oleh bekas pelajar SMS Johor yang juga merupakan AJK Penganjur bagi program tersebut.

Sepanjang program tersebut, APIS bakal mengisi dua slot, iaitu pembentangan mengenai Hala Tuju BADAR yang bakal membincangkan strategi memantapkan organisasi badan da’wah dan satu lagi slot perbincangan dalam kumpulan yang membolehkan perkongsian ilmu dan pengalaman yang berguna antara warga APIS yang telah pun menamatkan zaman persekolahan dengan para pelajar SMS Johor.

Insha Allah, kita doakan agar keselamatan perjalanan pergi dan balik warga APIS serta dimudahkan perjalanan program tersebut serta beroleh manfaat yang besar dan berkekalan.

Pada masa yang akan datang, insya Allah kita mengalu-alukan jemputan daripada mana-mana SBP bagi menjayakan program sedemikian rupa.