“Apa hal pulak motor ni? Dah la bangun lewat hari ini,motor pulak buat hal,aku dah lewat nak pergi kolej ni!”

“Hadui,susah hati betul. Nak belajar tak ada duit.Nak kerja, kerja pun tak ada. Lepak kat rumah, mak pulak membebel, ish.. leceh betul la!”

“Apasal la si A ni. Apalah yang dia tak puas hati dengan aku? Bila tanya, diam. Depan aku nampak pendiam tapi belakang aku, rancak cerita keburukan aku.. hish, geram betul!”

Masalah masalah masalah.
Tak pernah habis masalah dalam hidup kita.
Selepas satu, satu, kemudian datang lagi.

Kita selalu mengeluh apabila datang masalah tapi jarang kita berfikir sebaliknya.
Mungkin Allah sengaja datangkan masalah pada kita untuk mendengar rintihan hambaNya?.
Bukankah kita akan berkata “Ya Allah, susah nya, beratnya dugaanMu” apabila teringatkan masalah yang dihadapi? Ya kan?
Jangan fikir kita seorang sahaja di dunia menghadapi masalah yang pelbagai tetapi semua orang menghadapinya.
Si kaya bermasalah dengan kerisauan pada wangnya.
Si miskin pula penat memikirkan kemelaratan hidupnya.
Si pelajar sibuk memikirkan jadual kuliahnya.
Si pekerja susah hati memikirkan gajinya yang tidak naik-naik.
Begitu juga pemimpin negara, kalut memikirkan kesusahan rakyatnya.
Bukankah setiap manusia mempunyai kriteria masalahnya tersendiri?
Jadi, jangan tewas dalam masalah.. Apabila berhadapan dengan masalah, hadapi dengan akal fikiran yang tenang dan penyelesaian yang logik.
Lihatlah air yang mengalir di sungai, walaupun kadang-kadang disekat laluannya dengan ranting yang hanyut atau batu, ia tetap mencari jalan keluar untuk terus mengalir. Begitu juga kita. Jadikan diri kita seperti air mengalir yang terus menerus mencari jalan keluar dari disekat oleh masalah yang adakalanya dicipta oleh kita sendiri.

Mari kita renungi firman Allah S.W.T yang bermaksud :

“Janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah pula kamu bersedih hati padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya jika kamu orang-orang yang beriman”
(Surah al-Imran ayat 139)

Jadi,jangan takut dan jangan bersedih..Allah bersamamu..^-^

(artikel ini daripada saudari zanariah)