Ya Allah,
mengapa ku menangis melihat mereka,,
mengapa ku sebak tersedu melihat mereka,,
Ya Allah,
Berikan aku kekuatan melihat apa yg terjadi di hadapanku..
Berikan aku kecukupan perasaan melihat penderitaan mereka Ya Allah..

Ya Allah,getaran jiwaku tidak sama dgn getaran jiwa mereka..
Getaran jiwa mereka disebabkan penderitaan oleh si celaka yg menganggap mereka kotor seperti najis..
Saban hari di hina,dihentak kepala hingga pecah..
Muslimah mereka diaibkan,warga tua mereka diseret,,anak kecil dibunuh…
Mana pergi keadilan untuk mereka..ke mana?

Tugas kita?

”ala,,kita jauh kot,,tak pyhla susah2 nak ke sana..”
”derma je la kat diorg,,abes citer..watpe nak pikir2..”
“hmm,,ko ni bising ar,,kan dah senyap dah citer sal palestin..watpe nak sebok2 lg..”
“adoai,,ade bnyk yg nak tolong diorg,,diam2 sudah..”
“negara islam belambak weyh kat dunia ni,,watpe nak risau,diorg msti tolong punye,,dah2..jgn kacau aku maen pes ni!”

Ya Rabbi,,kuatkan aku menerima semua ini Ya Allah..
Saudara-saudaraku dikecam hebat di sana Ya Allah..
Terketar tubuhku apakah tandanya Ya Rahman..
Tangisan aku apakah halaku Ya Rahim..

Pernah Sultan Salahuddin Al-Ayyubi membebaskan mereka..
Namun…kini…
Pastinya beliau menangis sedih melihat perjuangannya hancur tiada penyambung..

Kenapa kita perlu mempertahankan bumi Palestin?

1. Kota suci bg para nabi sebelum kelahiran Nabi Muhammad S.A.W.
2. Bumi ini adalah warisan para nabi yg diamanahkan kpd Rasulullah S.A.W dan jg kaum muslimin.
3. Bukti tempat Rasulullah S.A.W diisrakkan dan dimikrajkan ke langit.
4. Kiblat yg pertama dan masjid suci yg ke3..
5. Tanah waqaf bg org muslimin..
6. Peristiwa akhir zaman berlaku di sini..

waallahualam..

Aku memohon kepadaMu,Ya Allah..
Berikanlah kemenangan pada Palestin Ya Allah..
Jangan biarkan mereka terseksa lg..
Berikan mereka kegembiraan berkat penderitaan mereka..
Aku di sini aman dengan keluarga,kwn2,makanan,tidur,pakaian,pelajaran dan waktu yg cukup..
Mereka di sana Kau uji dengan kekurangan semua itu..
Aku tahu semua yg Kau lakukan pasti ada hikmah di sebaliknya..
Aku yakin..

Sahabat2ku..
Adakah kalian merasai apa yg aku rasa..
Adakah kalian mahu berkongsi rasa ini denganku..
Bersediakah kita menjadi individu muslim yg sebenar..
Mahukah kita masih dianggap anak kecil..
Takut2 kita yg bakal dijajah oleh mereka yg buta erti ihsan..
Tak perlu kita sampai ke Palestin membantu mereka,,mari bantu diri kita sendiri dahulu..
Itu kata mereka..
Itu pesanan mereka kepada kita semua..

http://www.youtube.com/watch?v=kFfkznACrMU&feature=related

apa katamu selepas melihat video ini..ini bukan gurauan..ini realiti..lihat,,dan jangan tutup matamu,,saudara kita mempertahankan maruah Islam,masjid suci al-aqsa..lihat..di mana posisi kita skrg?
Apa langkah kta seterusnya..?

ubah paradigma anda..