Keutamaan Bulan Ramadhan (4) – Pahala daripada Allah
Hikmah Mingguan APIS
Bil. 55, Tarikh 26 Mei 2017 / 29 Syaaban 1438
Daripada Abu Hurairah rodhiyaAllahu anhu: Rasulullah sollaAllahu alaihi wa sallam bersabda, Allah berfirman:
“Semua amalan anak Adam (manusia) adalah untuknya kecuali puasa. Sesungguhnya puasa itu adalah bagi-Ku, dan Akulah yang akan memberi pahala. Puasa itu adalah perisai. Apabila seseorang berpuasa, maka janganlah dia berkata keji dan kasar. Jika ada orang mencaci atau memusuhinya, hendaklah dia berkata: Aku sedang berpuasa. Demi jiwa Muhammad yang berada dalam kekuasaan-Nya, sungguh mulut orang yang berpuasa lebih wangi di sisi Allah daripada wanginya minyak kasturi. Orang yang berpuasa memiliki dua kegembiraan iaitu; kegembiraan ketika berbuka dan kebahagiaan ketika berjumpa Tuhannya, di mana dia bahagia dengan (pahala) puasanya.”
Riwayat Imam Muslim rohimahuAllah
Huraian Hadis :
1) Ibadah puasa Ramadhan adalah khusus pahalanya diberikan oleh Allah. Kita tidak mengetahui secara terperinci gambaran gandaan pahalanya.
2) Dengan ibadah puasa, seseorang muslim itu memperoleh benteng keselamatan daripada terjebak kepada perkara buruk. Puasa yang sebenarnya akan membentuk akhlak yang mulia. Orang yang berpuasa hendaklah menjauhkan diri daripada kata keji dan kasar.
3) Dua kegembiraan kepada orang berpuasa adalah : ketika berbuka puasa dan ketika bertemu Allah.
Sumber rujukan teks dan terjemahan hadis: Ringkasan Sahih Muslim oleh Al-Hafiz Al-Munziri, terjemahan disemak oleh Ustaz Muhammad Salman bin Jonid.
Jom kongsikan catatan ini (share copy paste ke dalam grup WhatsApp yang lain, share di Facebook dan lain-lain) 🙂
_https://www.alumni-sbp.org.my
_https://www.facebook.com/AlumniPelajarIslamSBP
Tinggalkan Balasan