Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Ya Allah, Engkau mengetahui bahawa hati-hati sahabat-sahabat Alumni Pelajar Islam SBP berkumpul kerana mengasihi-Mu, bertemu untuk mematuhi perintah-Mu, bersatu memikul beban dakwah-Mu, hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariat-Mu.

Maka eratkanlah ikatannya, kekalkanlah kemesraan hati-hati ini, tunjukkanlah kepada hati-hati ini jalannya yang sebenar, penuhkanlah hati-hati ini dengan cahaya Rabbani-Mu yang tidak kunjung padam, lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan iman dan keyakinan serta keindahan tawakal kepada-Mu, suburkan hati-hati ini dengan pengetahuan-Mu yang hakiki.

Jika Engkau takdirkan kami mati, maka matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai para syuhada dalam perjuangan agama-Mu.

Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong.

Ya Allah, restuilah junjungan kami Nabi Muhammad saw, ahli keluarga dan para sahabat Baginda semuanya. Juga berikanlah kesejahteraan kepada mereka sebanyak-banyaknya.