Sumber gambar.

Laksanakanlah Kebaikan Walau Sekecil Manapun.

Kebaikan, walau kita nampak seperti kecil, namun pada sisi Allah s.w.t. kebaikan tersebut diiktiraf serta diberikan balasan kebaikan yang berganda-ganda (10 hingga 700).

Sabda Rasulullah s.a.w. tercinta, terjemahannya berbunyi:

Janganlah kamu memperkecil nilai kebajikan walaupun hanya dengan menemui saudaramu dengan wajah yang berseri-seri (ramah-tamah).

(Hadits Riwayat Muslim)

Firman Allah s.w.t. yang terjemahan berbunyi:

Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya dalam (dalam surat amalnya). Dan sesiapa yang berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya).

(Surah Al-Zalzalah : 7-8)

Jom kita beramal, Islam itu mudah dan kasih sayang Allah amat besar terhadap kita.