Doa ini jika dibaca dengan jiwa yang benar-benar bergantung kepada Allah, maka insya-Allah ketenangan itu akan hadir sebelum pertolongan Allah itu turun. Firman Allah menceritakan hal Musa a.s. dan doanya: (maksudnya)
“Maka Musa pun memberi minum kepada binatang-binatang ternak mereka, kemudian ia pergi ke tempat teduh lalu berdoa: “Wahai Tuhanku, Sesungguhnya aku ini kepada apa sahaja kebaikan yang Engkau turunkan amatlah fakir” (Surah al-Qasas : 24)
Maksud Nabi Musa a.s. beliau amat fakir atau amat memerlukan kepada apa sahaja kebaikan yang akan Allah berikan kepadanya bagi menghadapi suasana dirinya ketika itu. Dalam bahasa al-Quran yang indah al-Quran riwayatkan ucapan Musa a.s “Rabbi inni lima anzalta ilaiya min khairin faqir”. Sangat ringkas, namun sangat bermakna. Sudah pasti ucapan asal Musa a.s dalam bahasa Hebrew, namun Allah telah merakamkan ke dalam bahasa Arab yang padat dan indah.
Keterangan lanjut di (http://drmaza.com/home/?p=967)
Tiada ulasan sehingga kini
4 pingbacks
Nadira:
Januari 17, 2010 pada 12:35 pm (GMT +0800)
Terima kasih untuk post ini 🙂
Penuh makna.
Al-Fath:
Januari 17, 2010 pada 8:02 pm (GMT +0800)
Alhamdulillah….Nadira pun boleh banyak membantu…. 🙂
nurhafizah:
Januari 18, 2010 pada 5:56 pm (GMT +0800)
salam.. ayat di atas ayat ke 24 kn bukn 25..
(mnta kepastian)
Fawzan:
Januari 18, 2010 pada 10:34 pm (GMT +0800)
waslm.maaf,memang ayat 24.huhu kesilapan yang tidak disengajakan.saya sudah edit kembali.syukran atas maklumannya.