Pihak APIS mengucapkan Ramadhan Karim kepada seluruh ahli, para pembaca dan umat Islam secara umumnya. Marilah bersama-sama kita memanfaatkan sebaik-baiknya peluang keemasan yang berada dalam bulan agung ini. Sangat besar nilai ganjaran pahala bagi setiap kebaikan dan juga didikan jiwa yang ada pada bulan ini.

* Alhamdulillah, Portal APIS kini kembali dapat berfungsi setelah agak lama berhadapan dengan kesulitan ‘hosting’ dan ‘domain’. Krew Portal APIS berbesar hati untuk menjemput mana-mana sahabat yang sudi menyertai kami dalam menggerakkan peranan Portal APIS supaya lebih mantap, konsisten, menarik, interaktif dan bermanfaat. Sebarang bentuk komen, sumbangan idea, kepakaran dan khidmat adalah amat dialukan dan dihargai. Insya-Allah, semoga dengan keikhlasan kita semua komitmen yang diberikan dinilai sebagai amalan soleh.