Bersama-sama kita menghadiahkan bacaan Al-Fatihah kepada arwah Zahidatul Syazana Zamri yang kembali ke rahmatullah pada pagi tadi. Semoga ALLAH mengampuni segala dosanya, merahmatinya, menempatkannya bersama ruh orang-orang soleh, dan memasukkannya ke dalam syurga. Juga didoakan semoga ALLAH memberi kekuatan kepada keluarga arwah untuk menghadapi ujiaan ini, dan mengurniakan mereka dengan sebaik-baik balasan atas keredhaan dan kesabaran menghadapi ujian ini.

Arwah merupakan bekas pelajar Kolej Tunku Kurshiah SPM 2006, dan yang terkini sedang mengikuti pengajian di MSU sebelum berangkat ke Mesir dalam bidang perubatan. Dimaklumkan arwah kembali menemui Penciptanya pada pagi tadi, ketika dalam tidur kerana sesak nafas. Arwah yang merupakan orang Seremban telah pun selamat dikebumikan jenazahnya selepas Zuhur tadi.

zahi

Arwah Zahidatul Syazana Zamri, semoga ALLAH mencucuri rahmat atas ruh beliau, ditempatkan bersama para solihin dan berehat di sebaik-baik tempat kerehatan dengan kasih sayang dan keampunan ALLAH Yang Maha Agung dan Hebat kasih sayang-Nya kepada orang-orang yang beriman.

كُلُّ نَفْسٍ ذَآئِقَةُ الْمَوْتِ وَإِنَّمَا تُوَفَّوْنَ أُجُورَكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ فَمَن

زُحْزِحَ عَنِ النَّارِ وَأُدْخِلَ الْجَنَّةَ فَقَدْ فَازَ وَما الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلاَّ مَتَاعُ الْغُرُورِ

Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barang siapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan.
Surah Aali Imran ayat 183