Caligraphy Zulhijjah

Hari ini telah diumumkan secara rasmi jatuhnya tarikh 1 Zulhijjah. Umum mengetahui Zulhijjah sebagai salah satu bulan haram dalam Islam dan merupakan bulan terakhir iaitu ke-12 dalam kalendar Hijriah. Namun begitu, sebenarnya masih banyak lagi kelebihan bulan ini selain daripada waktu ibadah khusus haji dilakukan dan Hari Raya Aidil Adha.

Hadis untuk renungan bersama. Mudah-mudahan kita terus bersemangat untuk meningkatkan amalan.

Sabda Nabi s.a.w “ tidak ada hari-hari yang lebih baik di sisi Allah untuk dilakukan amalan kebaikan yang selain sepuluh hari terawal dalam bulan dzulhijjah “ para sahabat bertanya adakah jihad fisabilillah ( didalam hari yang selain sepuluh terawal dzulhijah ) tidak boleh menandingi amalan ( selain daripada jihad ) yang dilakukan pada hari sepuluh terawal tersebut.” Nabi bersabda” jihad pun tidak boleh menandingi melainkan seorang lelaki yang keluar berjihad dengan jiwa dan hartanya kemudian tidak pulang dengan keduanya”. (Hr Bukhari)

Daripada Ibnu Abbas telah berkata : Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Tiada daripada hari-hari yang begitu lebih di sisi Allah dan tiada amalan padanya lebih disukai Allah daripada hari-hari sepuluh ini (1 – 10 Zulhijjah). Maka perbanyakkanlah tahlil, takbir maka sesungguhnya ia merupakan hari-hari tahlil, bertakbir dan berzikir kepada Allah. Dan puasa sehari daripadanya menyamai puasa setahun dan beramal padanya digandakan 700 kali ganda. (HR Al-Baihaqi)

Marilah juga sama-sama mendengar sedikit pengisian daripada Dr Abd Basit mengenai 10 hari terawal dalam bulan Zulhijjah