Salam mahabbah dan perjuangan kepada semua sahabat pengunjung Portal APIS,

 

Mudah-mudahan kita semua beroleh rahmat dan keampunan Allah. Pada kesempatan ini, pihak APIS berbesar hati untuk mengajak sahabat semua untuk kita sama-sama mengambil manfaat laman TV Al-Muttaqin sebagai salah satu kaedah kita untuk meningkatkan kefahaman Islam.

Laman tersebut boleh dicapai di sini: http://www.almuttaqin.tv/index.php

Biarpun kecanggihan teknologi maklumat semakin berkembang pesat, pada masa sama APIS tetap menyeru para ahlinya dan umat Islam secara umum agar tidak meninggalkan terus pengajian ilmu agama secara bersemuka dengan para ‘ulama dan asatizah.

 

Mudah-mudahan bermanfaat.