Antara matlamat penubuhan APIS ialah:

  • Menjadi satu wadah perhimpunan dan perhubungan antara pelajar, bekas pelajar, badan-badan pelajar sekolah, badan da’wah dan rohani (BADAR),  pihak pentadbiran dan para guru di sekolah, pada peringkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa demi kepentingan dan kebaikan bersama.
  • Membantu usaha memantap dan mengembangkan potensi dan peranan badan kepimpinan pelajar dan BADAR di sekolah.
  • Mewujudkan suasana sihat dan memberi pengisian dan penghayatan Islam sebagai agama yang sempurna dan panduan hidup yang unggul.
  • Menggilap dan memantapkan potensi kepimpinan pada segenap peringkat.
  • Menyeru dan menggalakkan pengamalan akhlak Islam yang luhur dan mulia.
  • Berusaha dengan komited dalam usaha memperkasa modal insan dan prestasi dalam segenap bidang selari dengan falsafah dan matlamat SBP.
  • Berusaha memartabat dan menyuburkan budaya ilmu, memperkasa kualiti akademik, idealisme, intelektualisme dan profesionalisme.
  • Mendedahkan dan mengajak ahli dan masyarakat kepada ketinggian tradisi ilmu Islam yang bersambungan (bersanad) serta penghayatannya, pembelajaran secara talaqqi, bertemu ‘ulama dan memuliakan mereka.
  • Berusaha melahirkan golongan huffaz Al-Quran yang berkualiti dan berkhidmat dalam segenap sektor pekerjaan.
  • Menggalakkan interaksi dalam kalangan ahli dan meluaskan jaringan kerjasama bagi kebaikan dalam segenap bidang yang diceburi.
  • Mempererat dan mengukuhkan persaudaraan Islam (ukhuwwah Islamiyyah).
  • Menyampaikan maklumat berkaitan kesedaran terhadap isu-isu semasa umat Islam di dalam dan di luar negara.
  • Memperjuang dan mempertahankan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.