Menurut Ibnu Qayyim al-Jauziyah, iblis berkembang biak menghasilkan lima jenis keturunan, iaitu:-

1. Tsabar
> Menimbulkan keluh-kesah ke dalam hati orang yang ditimpa musibah sehingga orang itu tergamak menyalahkan Tuhan.

2. Dasim
> Menimbulkan rasa cemburu yang melampau ke dalam hati suami dan isteri sehingga mereka bercerai-berai.

3. Al-A’war
> Menghasut manusia supaya berzina. Misalnya, mendorong wanita perpakaian seksi serta mendorong pemuda dan gadis berdua-duaan sehingga timbul keinginan antara kedua-duanya melakukan zina.

4. Miswath
> Membisikkan cerita bohong dan meniup rasa buruk sangka (suu’uzzhan) ke dalam hati manusia. Miswath juga menghasut manusia supaya menyebarkan fitnah.

5. Zaknabur
> Menyuntik rasa seronok ke dalam hati manusia berada di pasar dan pusat beli belah. Kesannya, ramai orang suka menghabiskan masa yang lama di sana, malah sebahagiannya pergi ke sana tanpa sebarang tujuan.

-sekadar hiasan-

Petikan di atas saya petik daripada buku ‘Offline dengan Syaitan’ karya Zulkifli Khair. Bagi saya, amatlah penting untuk sesuatu pihak itu untuk mengenali musuhnya, agar lebih bersedia dan berupaya untuk mengalahkan musuh tersebut. Insya-Allah semoga kita saling berwaspada, di samping berusaha meneguhkan pertahanan kita terhadap musuh yang nyata dengan cara menguatkan ketaqwaan kepada Allah.