Hari ini adalah pemberian,manfaatkanlah sebaik baiknya kerana semulia-mulia hamba adalah yang paling tinggi takwanya. Semalam adalah sejarah buat kita, beristighfarlah kita untuk-Nya dan bersyukur atas kurniaan hidayah dari-Nya, kerana sebaik-baik zikir adalah istighfar. Dan sebaik-baik doa ialah alhamdulillah. Esok ialah misteri yang padanya terletak angan-angan dan sebijak-bijak manusia adalah yang sentiasa mengingati kematiannya dan mempersiapkan diri untuk kehidupan sesudah mati. Dan terpeliharalah sebahagian iman dalam dada anak Adam apabila dalam hatinya menyintai saudara Islamnya yang lain kerana Allah.