Gambar sekadar hiasan.

Alhamdulillah. Segala puji milik Allah s.w.t.

APIS dengan penuh perasaan sukacita ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada adik-adik calon SPM 2009 atas kejayaan keputusan yang diperoleh pada hari ini, Khamis 11 Mac 2010.

APIS juga berdoa agar anda semua terus berjaya dalam peringkat pengajian seterusnya. Selamat maju jaya diucapakan.

Abang-abang dan kakak-kakak dalam APIS bersedia untuk membantu anda dalam persiapan memilih dan melanjutkan pengajian pasca SPM.

Apa-apa pun, semoga kita bergembira dan bersyukur dengan ketentuan pemberian Allah s.w.t. kepada kita.

Ayuh kita hayati mesej Ilahi berikut:

….. Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.

Surah Al-Baqarah, ayat 216.

Aku adalah menurut perasaan hamba-Ku terhadap Aku, jika dia menyangka yang baik maka itu untuk kebaikan dirinya sendiri, dan jika ia menyangka yang buruk maka itu juga kembali kepada dirinya sendiri.”

Hadits Qudsi diriwayatkan oleh Ahmad dalam Musnadnya daripada Abu Hurairah.