Kuala Lumpur, -Khamis. Pada Sabtu dan Ahad (6&7 Februari 2010) insya ALLAH pihak APIS akan bertandang ke SBP tertua di negara ini, ya’ni MCKK bagi menjayakan Program Pemantapan BANI (MANTAP) MCKK buat julung kalinya. Program ini diadakan khusus bagi mempertingkatkan kemahiran dan nilai-nilai kepimpinan Islam kepada  exco dan para pelapis exco Badan Nahdhah Islamiah MCKK (BANI). Turut menjayakan MANTAP ialah pihak Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM).

Kunjungan ke MCKK menjadikan penglibatan yang kedua oleh APIS dalam membantu memperkasa peranan BADAR di SBP setelah kunjungannya ke SMS Johor di Kluang pada 24 Januari 2010 yang lalu.

Kita mendoakan agar program ini berjalan dengan lancar, mendapat keberkatan dan keredhaan ALLAH dalam usaha untuk melahirkan generasi rabbani yang unggul dan gemilang dalam segenap aspek kehidupan.

Pihak APIS amat mengalu-alukan kerjasama dengan mana-mana SBP yang lain dalam menganjurkan program yang bersifat begini, ya’ni kursus pemantapan BADAR.