“Ketenangan itu bila hati sentiasa ingat kepada Tuhan”

Firman Allah dalam surah Ar-Ra’du ayat 28

Maksudnya :

Orang-orang yang beriman menjadi tenteram dengan mengingati Allah, ingatlah bahawa dengan mengingati Allah itu tenteramlah hati.

Kita mahukan ketenangan namun ada sahaja resah menyelubungi jiwa.

Dosa yang hitam dan kelam itu yang sering memalitkan kita dengan resah gelisah.

Kerana kita yang sering terpedaya..

Nampaknya ikhlas memperjuangkan islam agama suci.

Semangatnya bagaikan seorang pahlawan bertempur di medan jihad.

Ya Allah..thabatkan hati pejuang-pejuangmu yang berusaha demi agama Nya.

Namun tanpa disedari sebenarnya..

Kita sering terpedaya dengan perhiasan-perhiasan iblis yang mudah menjerumuskan kita dalam kehitaman dosa.

Kata Imam Ibnu Jauzi di dalam kitabnya Talbis Iblis.

Antara perhiasan iblis terhadap kemungkaran ialah apabila manusia tidak suka kepada seseorang yang melakukan kemungkaran, maka dia akan menceritakan dan mengutuk orang yang melakukan kemungkaran dan melaknat mereka.

Walaupun tanpa kita sedar. Kita sering mengaibkan seseorang itu di hadapan khalayak ramai. Mana tidaknya, lancar sahaja lidah menyebut nama individu tersebut malah sempat lagi menyebut saudara mara untuk mencerahkan lagi siapa si pelaku kemungkaran.

Kisahnya tampak mudah dan indah…

Namun..

Siapakah kita yang layak menghukum dan melaknat seseorang pelaku kemungkaran itu sesuka hati?

Tambah Imam Ibnu Al Jauzi..

Boleh jadi kaum itu telah bertaubat dan menjadi lebih baik daripadanya kerana mereka menyesal sedangkan dia (orang yang mengutuk dan melaknat) dengan sifat takabburnya. Termasuk dalam perbahasan ini ialah mendedahkan kecacatan muslimin kerana dia memberitahu orang tentangnya. Menutup keaiban seorang muslim itu adalah wajib walau apa keadaan sekalipun.

Kita perlu menjadi pejuang yang gagah melangkah berani di medan penuh tipu daya.

Ini tipu daya iblis yang sering mengaburi keikhlasan pejuang-pejuang agama Nya.

Jangankan kerana kepetahan berbicara menjadikan kita tergelincir pada batas yang sebenarnya. Lantas menjadikan kita terbelenggu dalam dosa.

Perbanyakkanlah muhasabah dan memohon keampuanan daripada Allah.

Sekadar peringatan buat diri dan sahabat-sahabat semua.

*Penulis ialah Al-Ukht Al-Ustazah Farah Wahidah, yang merupakan lepasan SBPI Jempol 2006 dan graduan Universiti Hasan II, Casablanca, Maghribi dalam bidang pengajian Islam (dirasat Islamiyah).