Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, Pencipta Agung.

Persoalan mengenai Tuhan sering keli menjadi persoalan hangat dalam sejarah ketamadunan manusia. Dahulu, sekelompok manusia yang bercucuk tanam dan hidup di tebing sungai Indus berfikir, lalu bertanya, “Siapakah yang menciptakan semua ini?”. Lalu penyelesaiannya dijumpai dalam agama hindu. Buddha datang membawa penyelesaian yang baru, menafikan apa yang dianjurkan dalam pegangan masyarakat setempat pada masa itu.

2000 tahun yang lalu, seorang insan bernama Isa ibn Mariam dilahirkan, membawa risalah menifestasi agung yang bakal mencorak dunia, menjadi apa yang kita lihat pada hari ini. Kemudian, datang pula Muhammah bin Abdullah, seorang pengembala kambing yang diamanahkan dengan sebuah misi, mengajak manusia mengesakan Tuhan yang satu. Dalam setiap situasi, mereka sering dipersoalkan. Siapa itu Tuhan? Rupanya bagaimana? Sifatnya pula? Penulisan ini bakal mengupas tiga sifat Tuhan yang mana hujah-hujahnya bakal dilihat dari kaca mata Islam, iaitu melalui Al-Quran dan juga Kritian (Nasrani), iaitu melalui Bible.

  1. MEMERLUKAN MAKANAN?

Sumber : Bible

Genesis 18 : 1-8 (King James Version)

  1. And the LORD appeared unto him in the plains of Mamre: and he sat in the tent door in the heat of the day;
  2. And he lift up his eyes and looked, and, lo, three men stood by him: and when he saw them, he ran to meet them from the tent door, and bowed himself toward the ground,
  3. And said, My LORD, if now I have found favour in thy sight, pass not away, I pray thee, from thy servant:
  4. Let a little water, I pray you, be fetched, and wash your feet, and rest yourselves under the tree:
  5. And I will fetch a morsel of bread, and comfort ye your hearts; after that ye shall pass on: for therefore are ye come to your servant. And they said, So do, as thou hast said.
  6. And Abraham hastened into the tent unto Sarah, and said, Make ready quickly three measures of fine meal, knead it, and make cakes upon the hearth.
  7. And Abraham ran unto the herd, and fetcht a calf tender and good, and gave it unto a young man; and he hasted to dress it.
  8. And he took butter, and milk, and the calf which he had dressed, and set it before them; and he stood by them under the tree, and they did eat.

Isi yang cuba disampaikan

Ayat ini menyatakan seolah-olah bahawa Tuhan makan makanan bersama Nabi Ibrahim.

Penjelasan dari isi tersebut

Pelawat-pelawat Nabi Ibrahim adalah manusia dan juga para malaikat, Tuhan tidak ada bersama-sama mereka pada ketika itu.

Bantahan terhadap isu

Berdasarkan kepada Matthew Henry Complete Commentary, Tuhan adalah salah seorang dari pelawat-pelawat yang makan bersama Nabi Ibrahim.

Sumber : Al-Quran

Pembetulan/penerangan berdasarkan Al-Quran

Tuhan itu sendiri sifatnya mampu berdikari, dan tidak bergantung kepada apa-apa sumber dari ciptaannya sendiri. Tuhan bukan seperti manusia, yang mana kita perlu mengambil sumber-sumber dari bumi ini bagi kemandirian spesies kita, contohnya makanan. Di sini, kita dapat liaht bahawa, Tuhan yang diterangkan dalam Al-Quran, jelas membetulkan isi yang dibawa dalam Bible.

Bersambung lusa bagi 2 sifat-sifat yang seterusnya.

_____________________________________________

Shahreza Shahrir – 9 Mei 2010 – Aix-en-Provence, Perancis

Sumber:

  1. Al-Quran
  2. Bible (King James Version)
  3. 200+ ways the Qurans corrects the Bible, karya Mohames Ghounem
  4. Matthew Henry Complete Commentary