Tidak diragui lagi seorang mukmin itu ketika mana beliau mengingati kematian, pasti akan menemuinya, menyedari bahawa beliau akan dipersoalkan setiap amalannya sedang beliau keseorangan. Sesungguhnya tempat persemadian itu sama ada taman dan taman-taman syurga ataupun jurang dan jurang-jurang neraka. Seseorang mukmin ketika menyedari serta mengingati semua ini, menginsafi serta menghayati di pemikirannya, pastilah hatinya akan merasai ketakutan kepada Allah. Lalu sentiasa memuraqabahkan dirinya kepada Allah ketika terang dan tersembunyi. Bahkan dalam pada itu ia akan menjuruskan seluruh tindakannya ke arah amal soleh sebagai persediaan dan bekalan untuk hari yang dijanjikan ini. Semoga akan berada di kalangan mereka yang Allah limpahkan nikmat ke atas mereka iaitu golongan para nabi, siddiqin, syuhada’ dan sebaik mereka yang dibuat teman

Tidak ada yang lebih baik dan apa yang dikatakan oleh sesetengah mereka:

Berbekalkan untuk peristiwa yang pasti berlaku, maka sesungguhnya maut itu ketentuan bagi seorang hamba. Relakah engkau untuk menjadi teman pegiring bagi suatu golongan yang bagi mereka penuh bekalan, sedangkan engkau tanpa bekalan?

Ekoran daripada ini Rasulullah s.a.w. memerintahkan umat ini untuk memperbanyakkan mengingati kematian dan pemutus kelazatan. Diriwayatkan oleh Tirmizi dari Abu Hurairah r.a, sabda Nabi s.a.w:

“Perbanyakkan mengingati perkara yang menghilangkan kelazatan — iaitu mati.”

Seterusnya Baginda s.a.w memerintahkan untuk menziarahi kubur dan menyatakan faedahnya.

Muslim meriwayatkan dari Buraidah r.a berkata, Sabda Rasulullah s.a.w:

“Adalah aku (sebelum ini) menegah kamu dari menziarahi kubur, maka ziarahilah.”

Dalam suatu riwayat yang lain:

“Maka barangsiapa yang hendak menzirahi kubur, maka ziarahilah! Maka sesungguhnya ia mengingatkan kepada akhirat.”

Lantaran itu jugalah baginda ar-Rasul mendidik para sahabatnya untuk bersedia menghadapi maut supaya mereka tidak dilalaikan oleh angan-angan. Bukhari meriwayatkan dari Ibn Umar r.r berkata: Rasulullah memegang dua bahuku lalu bersabda,

“Hendaklah engkau berada di dunia seperti mana engkau seorang pedagang ataupun perentas jalan (pengembara).”

Ibn Umar berkata:

“Apabila engkau berada di waktu petang, janganlah menunggu sehingga waktu subuh, dan apabila engkau di waktu subuh, janganlah menanti hingga waktu petang, gunakanlah masa sihatmu sebelum engkau sakit dan masa hidup engkau sebelum engkau mati.”

*****

akan bersambung… inshaAllah.