Menjaga mata dari melihat aurat wanita ajnabi adalah wajib berdasarkan perintah Allah di dalam surah an-Nur kepada lelaki-lelaki beriman (yang bermaksud);
“Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kemaluan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuannya tentang apa yang mereka kerjakan”. (30)
Tujuan perintah tersebut ialah untuk memastikan jiwa/hati orang beriman sentiasa bersih, agama mereka terjaga dan diri mereka selamat dari terjerumus ke dalam zina dan kejatahan. Kerana itu Allah menegaskan di hujung ayat; “…Yang demikian itu lebih suci bagi mereka”. Menurut Imam Ibnu Kathir; maksud “…lebih suci bagi mereka” di dalam ayat di atas ialah; “lebih suci bagi hati dan agama mereka”. Di dalam hadis, Nabi s.a.w. bersabda;
“Tidak ada seorang lelaki muslim yang melihat kepada keelokan-keelokan seorang wanita, lalu ia menahan pandangannya (yakni ia berpaling dari melihatnya) kerana takutkan Allah, melainkan Allah akan menggantikan untuknya ibadah yang ia rasai kemanisannya” (Riwayat Imam Ahmad dari Abu Umamah r.a.)
Tidak ada beza dari segi hukum antara melihat aurat wanita Islam atau wanita bukan Islam kerana kesannya pada hati adalah sama. Dan telah disepakati oleh para ulamak bahawa rambut wanita adalah aurat. Adalah haram seorang lelaki muslim melihat aurat wanita ajnabi (yakni wanita yang bukan mahramnya) termasuklah rambutnya tanpa mengira wanita itu Islam atau kafir kerana arahan Allah di dalam ayat di atas adalah umum dan kesan pandangan tersebut kepada hati adalah sama. Dikecualikan jika pandangan itu berlaku tanpa disengajakan, maka hendaklah segera dipalingkan.
Dari Jarir bin Abdillah r.a. menceritakan; “Aku bertanya Rasulullah berkenaan pandangan yang tiba-tiba”. Lalu baginda menjawab; “Palingkanlah pandangan kamu itu” (Riwayat Imam Muslim).
Baginda berkata kepada Saidina Ali r.a.; “Janganlah engkau mengekorkan pandangan selepas pandangan. Bagimu pandangan pertama dan bukan bagimu pandangan yang lain (yakni tidak harus bagimu mengulangi pandangan setelah terpandang kali pertama secara tak disengajakan)”. (Riwayat Imam Abu Daud dan Tirmizi)
Wallahu a’lam.
Rujukan;
1. Tafsir Ibnu Kathir
Ditulis oleh Ustaz Ahmad Adnan
Dipetik daripada blog http://ilmudanulamak.blogspot.com/
Tiada ulasan sehingga kini
5 pingbacks
Nadira:
Januari 9, 2010 pada 1:55 pm (GMT +0800)
Salam,
Saya ingin bertanya tentang bahagian-bahagian aurat wanita. Bahagian bawah dagu wanita itu aurat bukan? Or are there any exceptions? Kerana saya melihat sebahagian besar wanita boleh dikatakan hampir semua yang memakai tudung tidak menutup bahagian bawah dagu mereka tetapi ditutup pula apabila hendak solat. Itu pun bagi yang ingat dan bagi kain telekung yang dapat menutup bawah dagu. Bagaimana keadaan sebenarnya? Bahagian bawah dagu wanita aurat ataupun tidak?
Al-Fath:
Januari 10, 2010 pada 7:10 am (GMT +0800)
Salam.
Untuk panduan Nadira, bahagian yang lembut (bawah bahagian yang keras ya’ni dagu tersebut) ialah aurat. Jadi perlu ditutup.
Benar seperti awak sebutkan. Insha Allah sama-sama kita perbaiki.
=) Semoga kita beroleh manfaat
Nadira:
Januari 10, 2010 pada 8:51 am (GMT +0800)
Benarkah tidak ada pendapat lain tentang itu? Kerana saya ada mendengar yang sekiranya wanita tersebut ketika membasuh mukanya dia membasuh bahagian bawah dagunya juga, bahagian itu tidak dikira aurat. Saya rasa kurang pasti tentang hal ini dan rasa pernyataan tersebut seperti agak pelik. Boleh akh cuba pastikan sekiranya benar-benar ada pendapat seperti itu?
Al-Fath:
Januari 15, 2010 pada 12:01 am (GMT +0800)
Nadira, saya baru tanya seorang ustaz. Katanya, aurat perempuan hingga bahagian dagu yang keras tu. Ya, memang masa ambil aurat, dalam mazhab kita kalau tak silap, kita memang melebihkan sedikit pada bahagian wuduk tu, sebagai langkah berhati-hati. Sama macam basuh tangan, sampai atas sikit dari siku.
Bagaimana? Ok tak jawapan tu?
Al-Fath:
Januari 10, 2010 pada 8:56 am (GMT +0800)
Ok, insya Allah