Assalamualaikum.
Penulisan kali ini berkaitan khutbah. Kenapa? Kerana khutbah pada hari ini gagal, gagal dalam menyampaikan apa yang ingin disampaikan. Allah S.W.T telah mengutus para rasul dan anbiak ke alam dunia ini yang bermula daripada Nabi Adam A.S sehingga Nabi Muhammad S.A.W. Sebahagian mereka silih berganti memimpin umat manusia pada zamannya. Semuanya atas nama kepimpinan, memimpin manusia ke jalan yang benar. Sepertimana khutbah, khutbah merupakan medium, pengantara antara pemimpin dengan pengikut.
Namun, sejak kebelakangan ini, khutbah sudah hilang isinya, bukan dari segi info-info yang cuba disampaikan, tapi hilang dari segi kekuatannya mendidik dan membentuk para sidang jumaat. Kenapa?
Suara yang perlahan
Khutbah bertujuaan untuk memberi pengajaran, peringatan dan pengetahuan kepada jemaah. Seharusnya, alat ini digunakan dengan sebaiknya, agar mampu menggugah hati dan perasaan jemaah, membentuk hati dana mengalakkan pembinaan minda. Khutbah pada hari ini, adus…sedih-sedih. Sebahagian khatib yang membaca teks khutbah membacanya dengan terhiba-hiba, mendayu-dayu, berlagu-lagu mengalahkan cik penyanyi. Seringkali, pembacaan dalil-dalil, hadis-hadis dan potongan-potongan ayat dalam Al-Quran yang tergagap-gagap, tersasul, tersalah menyebabkan intipatinya gagal dihayati oleh jemaah. Jadi, para pendegar tidur lentok, melayan lagu-lagu yang disampaikan…oh apakah?
Sungguh memalukan! Hal ini kerana, khatib yang ditugaskan pada hari itu gagal, gagal memenuhi syarat-syarat yang melayakkannya menjadi seorang khatib yang berkesan. Gagal kerana kurangnya kepetahan ketika berkata-kata, gagal kerana tidak mampu menghayati apa yang diucapkan, gagal dalam penyampaian dan macam-macam lagi gagalnya.
Khutbah yang terlalu panjang
“Reza…lamanya khutbah tadi…serius buat aku mengantuk…huhu”
Pernah kalian dengar dialog ‘cantek’ di atas? Saya selalu sangat…sampai dah jadi rutin untuk mendengarnya setiap kali mendengar khutbah. Panjang sangat sampai jemaah pun tak dapat untuk membuat kesimpulan. Baginda sendiri tidak menyukai orang-orang yang berlebihan, kerana Baginda sendiripun membacanya dengan sederhana.
Aku pernah solat jumaat bersama-sama dengan Rasulullah, maka aku perhatikan solat beliau sederhana dan khutbah beliau juga sederhana.Diriwayatkan oleh Jabir bin Samurah
Jelas di sini bahawa, khutbah-khutbah yang disampaikan di masjid-masjid seharusnya sederhana, ringkas dan padat.
Adalah Rasulullah tidak memanjangkan nasihatnya (khutbah pada hari Jumaat). Beliau hanya menyampaikan beberapa kalimat atau nasihat yang ringkas sahaja.Diriwayatkan oleh jabir Bin Samurah
Kesimpulan
Di sini, ingin saya simpulkan bahawa, khutbah itu sememangnya alat yang hebat, mampu mengubah apa yang perlu diubah, menghalang apa yang perlu dihalang, menolak apa yang perlu ditolak dan juga membaiki apa yang perlu dibaiki. Seharusnya, usaha-usaha untuk memperkasakannya perlu dipergiatkan dengan mengadakan kursus-kursus bagi bakal-bakal khatib, bukan memperlekehkan, tapi perlunya usaha sebegini dilaksanakan.
Tiada ulasan sehingga kini
2 pingbacks
Al-Fath:
Julai 21, 2009 pada 7:43 am (GMT +0800)
Biar ringkas dan padat, berilmiah dan berhikmah, jelas menyampaikan mesej. Keutamaan adalah memberikan peringatan kepada ummat, biar ummat senang menerimanya, input walau sikit tetapi jitu dan bernas, diambil dan difahami serta diamalkan adalah sangat hebat.
An-Naml:
Julai 21, 2009 pada 7:47 am (GMT +0800)
Betul kata ikhwan tu…..
khutbah sekarang ni sudah seperti satu adat kebiasaan yang dilakukan pada hari Jumaat… semasa waktu zohor…sebelum solat 2 rakaat(solat jumaat)…
time khutbah ni adalah masa utk berehat(pendapat depa..)…. sama je bagi yang bekerja dan belajar….
tambahan pula…. khatib yg menyampaikan khutbah pula dilihat tidak dapat menyampaikan khutbah dgn berkesan….
isk2x….
p/s: ana respek ngn khutbah kat masjid kuala selangor(?). sound system bagus suara yg jelas dan terang(khatib) kadang2 menggerunkan(suara khatib ni) = khutbah yg emmm….berjaya bagi org yang mengambil pengajaran …