• Logo berdasarkan bunga tulip.

• Bunga tulip dipilih kerana bunga tersebut banyak dikaitkan dengan perasaan kasih sayang, kegembiraan dan kejujuran seseorang. Hal ini melambangkan hubungan dan suasana ahli APIS.

• Warna oren dipilih kerana warna tersebut turut dikaitkan dengan kegembiraan dan melambangkan pemikiran yang kreatif, iaitu bertepatan dengan salah satu misi APIS iaitu membentuk pemikiran kritis, inovatif dan dinamik.

• 5 kelopak bunga melambangkan 5 Rukun Islam.

• Kelopak di sebelah kiri dan kanan, yang masing-masing membentuk seakan-akan huruf ‘i’, iaitu dengan kelopak di atasnya sebagai titik ‘i’ tersebut, melambangkan intelektual dan Islam, yang sama-sama mengiring kelopak tengah dan yang melambangkan perjuangan APIS yang menitikberatkan kedua-dua aspek. Hal ini berdasarkan visi APIS iaitu melahirkan Muslim Profesional Berasaskan Kefahaman Islam Syumul.

• Logo yang seakan-akan membentuk satu bulatan turut menggambarkan APIS sebagai satu wadah himpunan pelajar-pelajar SBP dalam lapangan amal Islami.

• Kelopak bunga yang terbuka melambangkan perjuagan yang berterusan, iaitu berdasarkan misi APIS yang ingin menyediakan insan kamil yang mempunyai daya juang yang tinggi.

Kredit: Saudara Azharul Amin bin Ahmad Nazarudin